Friday 3 June 2011

Mesti Beli


Buku ini merupakan koleksi tulisan Imam Global @ Ustaz Pahrol Mohd Juoi di dalam Majalah Solusi yang diterbitkan dengan beberapa nilai tambah

Apabila beduk diketuk, tentulah ada yang rasa terkejut, tak senang malah ada kalanya ‘bingit’, namun sebaik menyedari untuk apa beduk itu diketuk. Kita akan mula memberi perhatian, mendengarnya dengan teliti dan bertindak selaras dengan mesej yang dibawanya.

Suara peringatan ada kalanya tidak perlu terlalu nyaring, namun cukup sekadar dapat didengar oleh telinga dan hati. Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan. Nilai tambah dalam buku ini adalah ilustrasi yang penuh makna daripada saudara Nik Wafdi.

Ilustrasi mampu mengangkat mesej berbanding ratusan malah ribuan kata-kata. Dan kami yakin pembaca akan teruja oleh usikan nakal namun penuh makna daripada pelukis tersebut. Dengan ini bahagian otak kanan (ilustrasi) dan kiri (kata-kata) para pembaca akan diaktifkan secara optimum bagi memantapkan lagi kefahaman dan penghayatan.

Buku BEST SELLER

Harga Sarawak/Sabah : RM 28




Buku (idea asal oleh Kamaruddin Mamat) ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.

- Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin. 
- Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi. 
- Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim. ‘Checklist’, catatan ibu, memo ibu, ruang–ruang meletakkan gambar ultrasound bayi anda dan lain-lain lagi.
- Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si dia juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya. 
- Hadiah kepada isteri tersayang. 
- Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

Harga Sarawak/Sabah : RM 28





Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab.

Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Buku BEST SELLER

Harga Sarawak/Sabah : RM 57




Ensiklopedia ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber, perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.


Kelebihan Ensiklopedia Solat ini: 


1) Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat. 
2) Keistimewaan ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek, fiqah, falsafah, sejarah dan saintifik. 
3)Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai untuk rujukan kontemporari. 
4) Disusun mengikut pendekatan mesra pembaca. 
5) Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda dan jadual.
6) Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan. 

Mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan. 

Harga Sarawak/Sabah : RM 120


Selamat Datang dan Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam ceria.

Selamat Datang Ke Kedai Buku Zie. Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke Kedai Kami beralamat di Lot 780 Ground Floor Bintang Jaya Commercial Centre, Jalan Bintang Jaya 98000 Miri Sarawak.

Walau bagaimanapun, kami tetap mengambil pesanan mereka yang jauh, tetapi hanya untuk Kawasan Sarawak dan Sabah Sahaja.

Anda boleh menghubungi kami di 085 426 400 atau 013 820 9438 untuk pertanyaan lanjut.

Katalog Buku akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

Mari Beli Belah Buku Di Kedai Buku Zie.

^____^